Sunday, June 1, 2014

LIFE

Assalamualaikum.

Hidup. Life.
Satu pengembaraan untuk seseorang sejak dilahirkan. Baik buruk, jatuh bangun, bahagia mahupun derita, semua itu pasti dihadapi oleh semua orang. Semua orang.

Sepanjang hidup hampir 25 tahun saya, I guess I've been gone through in so many conditions. Tak kiralah baik atau buruk sesuatu kejadian, jatuh bangun saya, ataupun bahagia derita saya. Sejujurnya, saya mengimpikan kehidupan yang segalanya baik. Tapi betul la, life will never be the same like what we wanted it to be.

Apa yang kita nak dalam hidup kita sebenarnya? Dengan dunia sekarang, macam macam kehidupan manusia yang kita tengok. Tak nak sentuh pasal tu, privacy orang dan tu cara hidup mereka. So, biarlah mereka. Itu jalan yang mereka pilih. Untuk kita yang fikir apa yang kita buat dalam kehidupan sekarang adalah tiket serta bonus untuk kehidupan selepas kematian. Mati.

Baik buruk kehidupan kita, semua di tangan kita. Kita yang tentukan hidup kita sendiri, kita yang corakkan hidup kita sendiri. Saya berjuang untuk hidup saya, kalian berjuang untuk hidup kalian. Jadi, kita sendiri juga yang bertanggungjawab untuk segala apa yang berlaku dengan kehidupan kita. Tak perlu menyalahkan pihak lain. Pokok takkan bergoyang kalau tiada angin. Benda takkan jadi kalau bukan kita sendiri yang bertindak.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Don't your remember, there's always the rainbows after the rain. Baik buruk setiap yang berlaku, ada pengajaran dan ada balasannya. Yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat. Tak semestinya sekali kita buat silap, kita akan terus buat silap. Learn from the mistake. Bangkit balik dan corakkan warna warni kehidupan kita. Move on. Tinggalkan yang lama, corakkan yang baru.



Tidak perlu mengharapkan balasan untuk setiap budi yang ditabur. Ikhlaskan hati kalian. Sometimes, itu yang membuatkan kita lebih tenang. Kadang jugak, apa dugaan yang kita hadapi itu sentiasa meninggalkan kesan dalam diri kita. Kita lebih kuat, lebih matang, lebih menghargai sesuatu.

Hidup takkan berubah andai kalian cuma berangan, tapi tidak bertindak.
jadi, fikirlah apa yang terbaik untuk diri kalian. Life is tooooooo precious to be neglected. Jangan sia siakan hidup kalian. Corakkanlah warna warni kehidupan yang indah dalam hidup kalian. Saya doakan kita semua bahagia, berjaya dunia akhirat. Inshaa Allah. Aminn.

Salam.

No comments: